Surat al-baqarah ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

AKU ANAK DARA

0
  • Wednesday, December 29, 2010
  • orang lelaki selalu bangga dia itu anak jantan lah, anak teruna lah...tapi bagi aku, aku bukan anak jantan, aku bangga menjadi anak dara


    saya anak dara.....saya ok!!

    tapi ini bukan dara perempuan itu yerr.....tapi "anak DARA" maksudnya anak kepada dara, orang negeri sembilan panggil anak sulung sebagai DARA. hahaha....sebab itu, walaupon mak aku dah masuk 50 tapi masih macam ade dara jer....haha

    *aku silap upload gambar 18 sx!!! sorry.....*

    Petua Mak Dara:tips menjaga muka

    3
  • Tuesday, December 28, 2010
  • aku sering dihujani banyak soalan.....BAGAIMANA UNTUK MEENGHILANGKAN JERAWAT?? BAGAIMANA UNTUK KEKAL JAMBU? BAGAIMANA UNTUK MENJADI HENSEM? BAGAIMANA UNTUK NAMPAK HENSEM?........dimana itu semua adalah satu penipuan terbesar dalam sejarah! haha

    sesiapa yang ade masalah jerawat sudah tentu tension yang teramat...apatah lagi sudah mencuba pelbagai jenis produk jerawat di pasaran. dah lah mahal, tak berkesan lak tue, makin teruk jadinya. selepas guna produk-produk komersial, muka aku semakin teruk sehingga lesum pipit aku langsung tidak kelihatan, sedikit sebanyak menjejaskan market aku!

    ingin menjadi seperti FAHRIN AHMAD??


    atau BIK MAMA??



    disini aku secara exclusive berkongsi petua mak dara turun temurun untuk menjaga muka: :)


    Menghapuskan Jerawat
    Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
    1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
    2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
    3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
    4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
    5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
    6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
    7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
    8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.







    Tegangkan Kulit Muka

    1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
    2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
    Menghilangkan Parut di Muka
    Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.


    1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
    2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
    3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
    4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
    5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

    p/s: semestinya aku copy dan paste!! wekkk~

    tips kurus dengan CEPAT

  • Thursday, December 23, 2010
  • *aku berjaya menulis 800 perkataan essay Theory of knowledge dalam masa 3 jam*


    aku sering dihujani bayak soalan...."BAGAIMANA NAK KURUS"??<

    KURUS??aku kurus ker?? ok itu memang fitnah! tapi disini nak gaklah cerita cara paling berkesan untuk menurunkan berat badan

    1.tak makan nasi....nie kalau aku tak bagitau pon sumer orang tahukan?? sebenarnya tak makan nasi adalah diet yang salah! tapi untuk menurunkan berat badan degan cepat, ia sangat berkesan....dan sangat juga berkesan untuk meningkat berat badan lepas itu.

    2. satu lagi tips yang semua orang tahu ialah diet yang seimbang...BORING betul kan?? tetapi kalau korang masih nak makan makanan kegemaran , gunakanlah diet kalori. pastikan jangan sesekali ambik kalori berlebihan.


    Kategori: Makanan Rutin
    1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
    2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
    3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
    4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
    5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
    6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
    7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
    8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
    9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
    10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
    11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
    12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
    13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
    14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

    Cadangan pengambilan kalori setiap hari

    DewasaUmur (Tahun)Tenaga (Kalori
    Lelaki
    Aktif
    Sederhana
    Berat Badan
    55 kg
    20 - 39
    40 - 49
    50 - 60
    > 60
    2,530
    2,400
    2,280
    2,020
    Perempuan
    Aktif
    Sederhana
    Berat Badan
    50 kg
    0 - 39
    40 - 49
    50 - 60
    > 60
    2,000
    1,900
    1,800
    1,600


    3. ok, yang ini memang tips tak ramai yang tahu!!

    amalkan CABARAN 2 MINGGU!!


    Cabaran nie macam study last-last minute lah...lebih singkat masa lebih berkesan kan?

    Langkah-langkah CABARAN 2 MINGGU>>

    1) tetapkan azam, dan impian untuk 2 minggu; contoh>> dalam 2 minggu aku nak turun 4 kg dan menyiapkan ee,ia dan tok!(maksudnye keje skolah)

    2)rangka pemakanan yang kurus*(tak makan ayam,nasi dan seumpamanya)mee dan meehon bukan pemakanan yang kurus! jagan ambil roti biasa juga sebab mempunyai carbohydrate yang tinggi seperti nasi

    3)belilah cornflakes cabaran 2 minggu kat kedai tue dan ikut panduan kesihatan kat belakangnya(jgn beli keylogs kay, beli brand len)

    4)bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari......

    5)jangan sesekali mencuba produk-produk murahan untuk kurus, seperti DR.ROZMEY tue,LONDON tue,eh...silap, dua nie produk mahal! dan produk murah-murah yang lain!! PATI YUSMIRA berkesan kah?

    dan
    HASILNYA............................................................................

    SEBELUM




    SELEPAS



    p/s: semua tahu yang mana satu sebelum, dan yang mana satu selepas!! haha...selamat mencuba~

    dari semester 1 ke semester 3

  • SPECIAL POST FOR MD52 ALL BOYS

    SEM 1


    comment DR.B: gambar yang tak brape nak disukai, oleh sebab aku kelihatan agak gemuk??(ker sangat??), syafique nampak sangattidakx matang, fadhel bajet comei, fakri bajet jambu yang ala-ala pengkid?? eh tue padhel....haha. dan afiq si gemok nampak kurus!!!!! hanapi bajet suci, cam kanak-kanak yang konon tak der dosa??



    SEM 3


    cmmnt DR.B: i like this pic...thanx tue BB padhel.....aku kelihatan kurus!!!(itu tak tipu....haha), afiq si gemuk nampak perut buncit(yess!!!), padhel kurang comei,syafique dah hitam,fakri dah meningkat dewasa, hanapi masih dizaman kanak2 ribena!!


    SEM 3>>Ib theme: white(tak dapat sambutan pon!!!)





    Group IB ader Life





    sbb aku tak der, so no comment!!!!!!

    HARAM gantung gambar dalam rumah.

    0
  • Wednesday, December 22, 2010
  • last week, terdengar ceramah sebelum khutbah jumaat yang best kat sebuah masjid di seberang prai,Pulau Pinang. ustaz tersebut menyentuh mengenai hukum mengantung gambar dalam rumah...ok, aku memang jahil! first time dengar....huhu.

    Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud : Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.

    siap gaduh dengan REDMUMMY tau pasal isu ini.. bak kata ustaz itu, memadai sajalah gambar diletakkan didalam album kerana budaya mengantung gambar merupakan amalan GEREJA KRISTIAN.gambar yang dimaksudkan ialah gambar manusia atau binatang, senang cerita benda yang hidup lah. gantung atau letak, hukumnya tetap sama.




    google-google lah lagi!

    p/s: sama-sama kita membaiki diri.....rasa macam ramai jer gantung gambar kan?? trend orang dapat ijazah kononnyer!!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...