Surat al-baqarah ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Showing posts with label dentistry. Show all posts
Showing posts with label dentistry. Show all posts

CarvING Gigi :)

  • Friday, December 23, 2011
  • salah satu nilai yang ader pada seorang dentist ialah KETABAHAN. walaupon compare ngan medik, dentist blaja lebih sedikit namun  practical nyer memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi!

    Carving@mengukir ialah practical for Oral Biology. motiff utama mengcarving ialah untuk memantapkan pemahaman mengenai setiap anatomical structure gigi. gigi tue harap jer kecik tapi banyak sungguh struktur2 yg simbolik!


    gig terbaek yg dihasilkan.....haha

    alat2 yg diperlukan...carver,scale and protector? 


    pada awalnye mmg x pernah terpikir pon diri nie mampu mengukir bagai lawa2, sebab x der nilai aristik lasung dlm diri nie...1st month wat bendalah nie menyeksakan(sampai skang still seksa!!) at last tgk hasilnyer lawa jer ...x sangker gler! moral of story; Jgn cepat mengalah sebelum mencuba sesuatu!

    actually carving nie boleh dikire seronok drpd duk dlm lecture hall berjam2 yang amat sgt BOSAN! namun, disebabkan lecturer dentist nie GARANG, TEGAS, dan kadang2 EMO... jadi terpaksa carving dlm keadaan tension, tanggan mengeletar sumer...ker aku jer yg rase camnie?? lebih2 ag tegok org len laju jer buat, kita duk terketar-ketar ag wat outline!





    gigi juga perlu dicarve dengan dimension yg betul!! sedikit kesilapan kena REDO! sbb tue kena TABAH+SABAR gler menghadapi dugaan nie...keberangkalian tuk gigi tue patah mase hampir siap adalah amat tinggi!!! kalo patah atas jer kena REDO balik..kalo agak bernaseb baik patah sekali dengan root, lecturer tgh mood baik...so still akan graded.

    SADIS juga semasa carving bejam-jam lamanyer...3 jam membengkokan badan, kekadang nk TERPITAM..hyperbola disitu.. balik2 dlm keadaan yg terik sambil jalan kaki,kelaparan, rase mengidam nk makan mcd,nasi kerabu,dagang,gulai lemak sumer menjadikan diri lebih SADIS...SADIS juga semasa exam! each block exam ader carving test gak..for less than 1 hour kena siapkan satu gigi walhal dlk kelas bermnggu2 br siap satu...jadi tanggan mengeletar carve tuk satu jam...

    GIGI ku yang patah~ SADIS nk mampus...

    aperpon wat bendalah nie lebih bagus dari belajar 24 jam sekiranyer ambek course yg ag satu tue...so TABAH jer wat benda2 nie...ko MAMPU? haha

    Belajar di Manipal 2

    0
  • Saturday, August 13, 2011

  • Manipal ikon pendidikan India




    TERLETAK di pantai barat India Selatan, Manipal hanyalah sebuah bandar di tengah-tengah tanah tandus. Lebih lima dekad lalu, ia sekadar dataran yang menjadi habitat hidupan liar.
    Tiada seorangpun pada ketika itu yang terfikir tentang kemajuan di Manipal, hinggalah Dr. Tonse Madhav Ananth Pai atau singkatannya, TMA Pai menubuhkan sebuah kolej perubatan di situ.
    Sebagai doktor dan pendidik, dia mempunyai visi jelas untuk membangunkan Manipal sebagai pusat pendidikan.
    Begitupun, ada pihak yang mentertawakannya lantaran menganggap dirinya gila kerana mahu membina menara gading di kawasan ceruk pedalaman.
    Ternyata usaha dermawan itu yang mahu memperluaskan pendidikan di bandar kelahirannya menjadi kenyataan. Manipal akhirnya menjadi sebutan sebagai lokasi pilihan untuk melanjutkan pengajian selepas tertubuhnya Kolej Perubatan Kasturba pada tahun 1953.
    Usahanya tidak terhenti di situ sahaja apabila pada tahun 1957, Institut Teknologi Manipal ditubuhkan dan diikuti dengan institusi pendidikan yang lain termasuklah Kolej Perubatan Kasturba, Mangalore; Kolej Sains Pergigian Manipal dan Kolej Sains Farmaseutikal Manipal.
    Kini, legasi TMA Pai diteruskan oleh anak lelakinya, Dr. Ramdas M. Pai yang menyandang jaatan Pengerusi Kumpulan Pendidikan dan Perubatan Manipal dan juga Canselor Universiti Manipal.
    Universiti Manipal yang dulunya dikenali sebagai Manipal Academy of Higher Education (MAHE) mempunyai lebih 20,000 orang pelajar dari lebih 50 buah negara.
    Doktor Malaysia
    Hampir 30 peratus doktor di Malaysia merupakan kelahiran produk Manipal termasuk Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.
    Selain itu, terdapat juga lebih 4,000 alumni Kolej Perubatan Kasturba kini berada di Amerika Syarikat.
    Rekod itu sekali gus menunjukkan kehebatan kolej tersebut melahirkan golongan profesional untuk berkhidmat dalam bidang perubatan di seluruh dunia.
    Rombongan petugas media Malaysia ke Universiti Manipal cawangan Bangalore dan Mangalore baru-baru ini dibawa melihat institusi itu dengan lebih dekat.
    Walaupun landskap menuju ke Universiti Manipal tidak seperti persekitaran universiti di Malaysia, namun itu bukan indikator gred sesebuah institusi pengajian tinggi.
    Biarpun kampus-kampus universiti itu dibina di kawasan pedalaman, namun pihak pengurusannya tidak pernah menidakkan keperluan para penuntutnya.
    Selain penginapan yang selesa, mereka turut menyediakan prasarana kelas pertama termasuk pusat sukan, perpustakaan khusus, muizum anatomi dan makmal simulasi.
    “Di sini kami memberikan pendidikan terbaik kepada para penuntut sejajar dengan kehendak industri supaya apabila tamat pengajian, pelajar kami tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan.
    “Lebih lima dekad menyediakan pendidikan profesional, Manipal Education dianggap sebagai badan pendidikan tinggi terbaik di India dan antara badan pendidikan tinggi swasta terbesar di dunia yang mempunyai lebih 75,000 alumni,” kata Pro Canselor Universiti Manipal, Dr. H. S. Ballal.

    SALAH seorang tenaga pengajar di Univerisiti Manipal menunjukkan hasil seni lukisan dan animasi yang dilakukan oleh para pelajarnya.


    Utamakan penuntut
    Sungguhpun beberapa kolej Manipal menduduki ranking 10 teratas dalam sistem pendidikan di India, namun bagi H. S. Ballal itu bukan fokus utama Manipal Education.
    “Bukan pengiktirafan yang menjadi keutamaan. Penuntut lebih penting daripada ranking. Apa yang kami mahukan adalah memberikan pendidikan yang terbaik kepada para pelajar supaya mereka boleh mendapat tempat di pasaran kerja selepas tamat belajar,” ujarnya.
    Tidak hanya terkenal dalam bidang pendidikan perubatan, Universiti Manipal mempunyai lebih 22 kolej konstituen yang menawarkan pelbagai program seperti pergigian, kejururawatan, farmasi, bioteknologi, sains kesihatan bersekutu, seni bina, kejuruteraan, pengurusan, hospitaliti, reka bentuk barang kemas, komunikasi massa dan regenerative Medicine.
    Kini, Manipal Education merupakan ekosistem pendidikan multi disiplin yang komprehensif di peringkat global dengan kekuatan empat buah universiti, lebih 30 buah kolej dan memiliki lebih 250,000 pelajar daripada 53 buah negara termasuk Malaysia.
    Sama seperti Ballal, Naib Canselor Universiti Antarabangsa Manipal (MIU), Dr. M. P. Ravindra memberitahu bahawa, program-program yang ditawarkan adalah bersandarkan kehendak pasaran dan industri dek kerana itu, beliau berpendapat mana-mana universiti perlu ‘berkomunikasi' dengan industri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mereka.
    “Senario graduan lepasan universiti yang menganggur kini, bukan sahaja melanda Malaysia, malah ia berlaku di seluruh dunia.
    “Bagi mengatasi masalah tersebut, perlu ada usahasama dengan industri supaya para pelajar dapat diserap ke dalam industri tidak kira sama ada dalam bidang perbankan, syarikat minyak dan gas, pelancongan atau teknologi maklumat dan komunikasi,” jelasnya.
    Terang Ravindra, sesebuah universiti itu akan berjaya jika ia menawarkan program pengajian yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada para graduan selepas tamat pengajian
    Bagi mengatasi masalah yang dihadapi kebanyakan universiti, Ravindra dengan yakin menjawab, MIU akan menyediakan keperluan masa akan datang mengikut keperluan industri dengan kurikulum baru.
    “Maksudnya perubahan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut arus keperluan industri dan pasaran. Ia perlu ada situasi menang-menang, jika tiada kebaikan untuk kedua-dua pihak tidak dapat direalisasikan.
    “Program pengajian paling mendapat sambutan di Universiti Manipal ialah dalam pengajian perubatan dan kejuruteraan,” ujarnya sambil menambah bahawa ibu bapa kini perlu lebih prihatin dan terbuka dalam membuat pemilihan pengajian untuk anak-anak mereka.

    MAKMAL simulasi memudahkan para pelajar perubatan memahami pembelajaran secara lebih mendalam dan praktikal.


    Prasarana cemerlang
    Sepanjang tiga hari melawat ke kampus-kampus di bawah naungan Manipal Education, media dari Malaysia terkesima dengan beberapa prasarana yang disediakan kepada penuntut Manipal.
    Dengan pengalaman melahirkan ribuan graduan dengan disokong oleh tenaga pengajar yang komited, prasarana klinikal dan akademik yang canggih, Universiti Manipal berjaya memberikan suasana pembelajaran bertaraf dunia.
    Perpustakaan sains kesihatan yang canggih mampu menempatkan 1,300 pelajar dalam satu-satu masa mempunyai lebih 62,000 buku dan lebih 600 buah jurnal.
    Kemudahan perpustakaan itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan e-pembelajaran, komputer dan kemudahan Internet malah Makmal Kemahiran dan Muzium Anatominya dikatakan antara yang terbaik di dunia.
    Terbaru, ia dilengkapi dengan makmal simulasi dengan patung simulasi. Ia membantu pelajar perubatan berdepan dengan pelbagai situasi mencemaskan yang dicipta supaya mereka dapat menyelesaikannya dengan baik seolah-olah merawat pesakit sebenar.
    Tidak hanya menyediakan prasarana menjurus kepada akademik, Universiti Manipal juga membina kompleks sukan enam tingkat bernilai RM50 juta.
    Pelbagai kemudahan disediakan di bawah satu bumbung kerana kompleks sukan tersebut menempatkan gelanggang bola keranjang, tenis, futsal, skuasy, ping pong, kolam renang dan pelbagai permainan simulasi. Ia turut mempunyai gimnasium dilengkapi peralatan canggih.
    Bagi memperluaskan pendidikan Manipal di Malaysia kerana melihat negara ini sebagai hab pendidikan serantau, Manipal Education melaburkan sebanyak RM650 juta bagi menubuhkan MIU di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai disiplin pengajian bertaraf dunia.
    Penubuhannya bagi memenuhi keperluan pelajar Malaysia dan antarabangsa dari negara Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Barat dan Asia Tengah.
    Sejak 10 tahun lalu, Manipal Education telah menubuhkan dan menguruskan Melaka-Manipal Medical College (MMMC) di Melaka dan MIU merupakan pelaburan terbaru bagi membuktikan lagi komitmennya di Malaysia dan menjangkakan 50 peratus pelajar MIU terdiri daripada pelajar antarabangsa.

    Belajar di Manipal 1

    3
  • Wednesday, August 10, 2011

  • Manipal University
    Oleh Basir Zahrom
    basir@bharian.com.my (Yang mengikuti lawatan ke Manipal University, India, baru-baru ini)
    2011/07/04

    Pelajar praktik autonomi manusia guna spesimen mayat sebenar

    PERIBAHASA 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung' menjadi pegangan pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian di Manipal University, Karnataka, India.

    Segala peraturan serta adat resam masyarakat setempat dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan harian di tempat orang.
    Peluang itu juga membolehkan masing-masing menambah pengetahuan dengan mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat setempat.

    Pelajar tahun dua, Ijazah Perubatan dan Pembedahan (MBBS), Mohamad Asyraf Jamilul Nasir, 21, berkata hidup di Manipal tidak sama berbanding di tempat lain di India kerana populasi pelajar Malaysia di sini besar sekitar 1,000.

    Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam itu berkata, persekitaran di Manipal membentuk suasana kondusif untuk belajar. Bandar ini berkembang seiring kemasukan pelajar tempatan dan antarabangsa hingga mampu membentuk bandar dalam universiti itu sendiri.

    “Manipal boleh dilihat sebagai mini Malaysia, selain ramai pelajar tajaan, universiti di sini juga menjadi pilihan lepasan sekolah meneruskan pengajian.
    “Malah hubungan menerusi pengajian tinggi antara kedua-dua negara mewujudkan kerjasama lebih erat,” katanya ketika ditemui di Manipal, baru-baru ini.

    Muhamad Asyraf berkata, pilihan makanan juga pelbagai, pelajar mudah mendapat sajian nasi lemak, nasi ayam, malah teh tarik juga dijual pada harga berpatutan.

    Bagi kemudahan beribadat pula, beliau berkata, masjid yang dibina berhampiran universiti memudahkan pelajar menyempurnakan tanggungjawab walaupun sibuk seharian di dewan kuliah.

    “Perkara paling menarik belajar di sini ialah pensyarahnya sentiasa mengambil berat mengenai pelajaran dan masalah pelajar antarabangsa.

    “Hubungan akrab antara kami diterjemahkan menerusi program ‘mentor mentee’. Pensyarah akan membantu kami sehingga selesai masalah,” katanya yang turut menganjurkan majlis berbuka puasa ketika menjelang Ramadan selain pertemuan pada Aidilfitri.

    Rakannya, Amir Ghadaffi Patawari, 21, juga Pelajar Tahun Satu MBBS, berkata saranan bapanya seorang pakar bedah di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu supaya belajar di Manipal University ada tujuannya.

    Bekas pelajar Ijazah Neurosains University of Otago, New Zealand itu mengakui pengalaman mengikuti pengajian perubatan di University Manipal ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri.



    “Selain infrastruktur perubatan terbaik, kami berpeluang mempelajari autonomi manusia melalui spesimen sebenar mayat yang disediakan makmal di sini.

    “Penting bagi kami untuk belajar menggunakan tubuh sebenar kerana ia memberi gambaran tepat mengesan punca bahagian sesuatu penyakit,” katanya.

    Sementara itu, Thong Tze Ying, 21, yang baru tiga bulan berada di Manipal turut berkongsi pengalaman seperti Mohamad Asyraf dan Amir Ghadaffi.

    Katanya, dedikasi pensyarah memberi semangat kepada pelajar untuk terus berusaha lebih keras kerana mereka tidak kisah jika ada yang bertanya mengenai pelajaran selepas waktu kelas.

    “Sistem pengajian di sini komprehensif, pelajar didedahkan dengan teori dan latihan secara seimbang,” katanya.

    cabaran pelajar Medik

    9
  • sajer nk menyibukkan diri bercerita pasal dak Medik(ader aku kesah!!). semalam tyme tgh bergossip2 ngan shikin, dier bercerita lah mengenai perbualanyer dengan seorang Doctor semasa med checkup...Doc tersebut yg tertiber ramah ngan dier memaklumkan kebanyakkan Doctor mengecop dak2 dari Manipal tak reti wat kerja semasa HO... tersentap aku!!!! terus g google2 jap.... so hasil yg aku dapat ialah cam biaser lah...bler sebut INDIA jer mesti makcik2 kat kampung tue kater...INDIA jer??  sambil gelak-gelak... macam tue lah jugak presepsi orang ramai apabila menilai seorang Doctor..bler tgk graduate dari INDIA terus x respect! bler tgk tertulis perkataan IRELAND@ UK ngan gahnyer terus respect....bukan nak salahkan mereka tetapi inilah norma masyarakat. Inilah cabaran yang akan dilalui oleh semua pelajar medik satu hari nanti apabila mereka dinilai, dikritik dan dihina oleh pelbagai pihak.


    yang aku xleh bla tue dengan mengatakan kalo nak pergi INDIA tue sesenang jer jadi ader dwet! TOLONGLAHHHHH....kteorg bersusah payah buat IB taw, dan dapat point setaraf org yg pergi UK@ IRELAND gak.... hentikan PREJUDICE ini!!!


    aku tertarik dengan isu berkenaan cabaran seorang HO yang ditulis dalam blog Dr.Jhaznarul. Oleh itu, kepada rakan-rakan yang bakal menjadi HO wajarlah membaca post ini supaya lebih bersedia satu hari nanti.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...