Surat al-baqarah ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

saya bersyukur saya Budak IB!

0
  • Saturday, February 5, 2011
  • beberapa hari yang lepas, aku bernasib malang kerana terpaksa bersosial( dimana itu diluar kepakaran aku). dan adalah beberapa isu semasa yang dibualkan. bagi aku, sebagai orang yang belajar subjek theory of knowledge( even kat dalam kelas aku cam bodo jer) aper yang difikirkan oleh seseorang tidak pernah salah, dan aper yang kita fikirkan tidak semestinya betul. oleh itu, kepada NON-IB silalah belajar bagaimana nak gunakan otak sebaiknya! ok aku tercakap riak....(tarik balik kata-kata tadi!!)zzz.

    sebagai contoh, ada video yang pasal sejarah manusia tue dan kat last part tue leh bantai kata ahmadnejad(ala..presiden iran tue, tak taw ejaan camner) ejen CIA...kalau lah orang yang jarang mengunakan otak untuk berpikir sudah tentu main sesuker hati percaya kat "theory" tersebut! sama jugalah denga isu mempolitikkan masjid. sekiranya surau atau masjid di kawasan PAS@ Pembangkang, membacakan khutbah yang berunsurkan anti-kerajaan akan disebut sebagai mempolitikan masjid, tetapi kalau MASJID-MASJID Negeri atau di bawah kawasan BN membacakan khutbah yang disediakan oleh majlis@jabatan agama dan siap mempunyai tema-tema tertentu dan siap ader slideshow yang tak der function, tidak pula di sebut sebagai mempolitikkan masjid??? ( contoh kedua tak der kaitan...padamkan dari ingatan anda)!

    kepada sesiapa yang bergelar manusia, setiap orang ada pendapatnya sendiri, dan janganlah sesuka hati memandang rendah terhadap pemikiran orang lain. tak semestinya orang yang belajar di SEKOLAH KOLEJ MARA SEREMBAN itu tidak boleh diterima, dan tidak lah bagus sangat pemikiran orang yang pergi UK itu!

    p/s: aku berusaha untuk mengawal kelaseran aku! harap maklum!!

    Bunyi azan di Kuala Lumpur diarah diperlahankan!

  • Friday, January 14, 2011
  • ISU AZAN minggu ini:


    peguam yang duduk di tingkat paling tinggi Pantai Hill Park menghantar surat aduan kepada jabatan PERDANA MENTERI...PM taw!!! sebab terpaksa bangun seawal 5.45 pagi setiap hari!!!, azan subuh kat MASJID KG KERINCHI yang sangat kuat >>huhu...aku pon bangun 6.45, surau sejengkal jer~


    Peguam + PERDANA MENTER(laki bukan bini dier) + MASJID DI BANGSAR+NURUL IZAH(ANWAR)+ MELAYU+ISLAM= MOTIFF GLERRRRRR!!!!!!!






    jap,jap......seyes konfius!!! konon bakar patung PEGUAM nie, BAJET dier terasa bahang neraka ker??? kesan pengaruh DRAMA MELAYU yang KHURAFAT!

    p/s: rase patut kolej aku berpindah ker BANGSAR.....semua orang boleh bagun awal!

    Perbezaan Lelaki Dan Perempuan Bila Tengok Cermin

    0
  • Monday, January 10, 2011
  • Perbezaan Lelaki Dan Perempuan Bila Tengok Cermin

    Nak kongsi sikit perkara yang korang mungkin x perasan...sebenarnya benda nie memang betol2 jadi kat dunia sekarang nie...ok..nak tahu x beza laki dan perempuan bila tengok cermin...ok kita mula dengan lelaki dulu...lelaki bila tengok cermin...lelaki tu misal nya x beberapa handsome mesti dia tengok gambar kat cermin dia kelihatan handsome...smart,bergaya,macam2 la...kalau perempuan pulak...dah cantik,kurus,menawan bila tengok kat cermin dia lihat diri dia macam orang gemuk..sini x kena...sana x kena...macam2 ada.>>!


    Bibliography;
    Kisah 69, Perbezaan Lelaki dan Perempuan Bila Tengok Cermin, Retrieved on 10 january 2010 from http://kisah69.blogspot.com/2011/01/perbezaan-lelaki-dan-perempuan-bila.html

    International Baccalaureate(part 1)

    5
  • Friday, January 7, 2011
  • *kisah ini sangat membosankan dan tiada cacian...harap maklum*

    2011.....SEMESTER KE4@ TERAKHIR

    2011...berumur 20 tahun(sudah boleh berkahwin?) dan masih bersekolah

    2011... AKU FLY!!!!!!!!!!........amin~




    aku sudah semakin hampir dengan final exam, semakin hampir dengan bulan yang aku tunggu-tunggu selama hampir 2 tahun!!!

    semester 4 dimulai dengan penghantaran assignment yang bertimbun-timbun....dan dapat kertas peperiksaan( situasi seperti di sekolah) alhamdulillah...result tidak mengecewakan ibubapa. walaupon 2nd week exam aku dah hilang mood exam dan menghabiskan masa tengok cerita korea, akhirnya kertas PHYSIC ku hancur lebur....

    selepas solat hajat aku berdialog(ayat skema!) dengan kawan aku yang intipatinya berbunyi bergini;

    kawan A;apesal ko tak balik?


    aku : banyak keje....ee siap, tok lak, tok siap, IA lak, ia siap. macam-macam ag ader


    kawan A: ko tak menyesal ker ambik Ib?


    aku: nak menyesal camner dah...takdir, dah itu rezeki aku 


    kawan A; ko dah la pegi INDIA jer...dak KMB pegi UK!


    aku: ADER AKU KESAH?? janji result aku bagus!


    kawan A: ko ambik IB 2 tahun, fly untuk 2 tahun jer?? tak menyesal lagi??( ayat klise)


    aku: pegi mati lah ko!!

    kesimpulan>>>
    masa awal-awal aku sentiasa merungut kenapa aku kena ambil course DENTISTRY...apatah lagi IB. sentiasa tak berpuas hati dengan INDIA, apatah lagi dipaksa belajar subject PHYSIC SL..sentiasa membencikan sekolah ini, apatah lagi belajar MATH HIGHER LEVEL.

    then, selepas nak masuk sem terakhir nie, aku tak heran langsung nak pergi mana, sebab belum tentu dapat FLY.tak kesah lansung ambek MATH sebab dah biasa FAIL buat(IB tanpa MATH HL sangat A-level!), tak tergedik-gedik gelisah ambik PHYSIC, sebab aku tak pernah try pon nak belajar PHYSIC dengan bersungguh-sungguh, latihan cg bagi pon tak buat dan tak pernah langsung bercita-cita nak mendapat 7( bila result teruk menyalahkan PHYSIC itu susah...hina gila!), biar berbangga dapat 35 point IB dan belajar di INDIA dari pergi ke tempat lain@belajar di malaysia (siapa yang malu nanti).....janji aku FLY, siapa peduli?

    pergi kat kertas pekse PHYSIC, dan conteng macam nie besar-besar!! (sorry tulisan DR mmg buruk..haha)



    belum fly lagi, satu keluarga dah bangga dengan aku....walaupon aku ambil DENTISTRY,ibu,ayah, atuk, pakcik, makcik,kakak, sedare mara dah kecoh aku akan bergelar DOCTOR!(dan membuang perkataan GIGI dibelakangnya....ha ha) anak+cucu pertama yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara, anak+cucu yang akan bergelar DR.

    5 bulan sahaja lagi, adakah aku sanggup nak menghancurkan harapan semua orang? susah sangat ker nak belajar IB? susah sangat ker nak pass MATH dengan PHYSIC? kalau orang lain boleh, apesal aku tak boleh?

    sanggup ker kita mengunakan 5 bulan ini untuk nafsu sahaja? sanggup kita mendapat kurang daripada 35? sangup kita sekadar belajar di MALAYSIA? sanggup berdepan dengan keluarga disaat kita gagal, bukan gagal di peringkat IJAZAH tapi di peringkat persediaan!! sanggup kita TIDAK berusaha langsung dalam 5 bulan nie walau pon sudah membazirkan masa selama 2 tahun for NOTHING?sanggup kita menyerah kalah sewaktu kita sedang berjihad!
    insyallah kita BOLEH!! doakan aku mendapat 35 points without plagiarism (dan seluruh BATCH5 IB, buktikan kita bukan BATCH MALANG, buktikan kita lebih baik dari pelajar course lain!) .....amin.


    saper kater aku bukan sekolah???


    p/s: owh, ini sangat BOSAN dan EMO! ha ha

    AKU ANAK DARA

    0
  • Wednesday, December 29, 2010
  • orang lelaki selalu bangga dia itu anak jantan lah, anak teruna lah...tapi bagi aku, aku bukan anak jantan, aku bangga menjadi anak dara


    saya anak dara.....saya ok!!

    tapi ini bukan dara perempuan itu yerr.....tapi "anak DARA" maksudnya anak kepada dara, orang negeri sembilan panggil anak sulung sebagai DARA. hahaha....sebab itu, walaupon mak aku dah masuk 50 tapi masih macam ade dara jer....haha

    *aku silap upload gambar 18 sx!!! sorry.....*

    Petua Mak Dara:tips menjaga muka

    3
  • Tuesday, December 28, 2010
  • aku sering dihujani banyak soalan.....BAGAIMANA UNTUK MEENGHILANGKAN JERAWAT?? BAGAIMANA UNTUK KEKAL JAMBU? BAGAIMANA UNTUK MENJADI HENSEM? BAGAIMANA UNTUK NAMPAK HENSEM?........dimana itu semua adalah satu penipuan terbesar dalam sejarah! haha

    sesiapa yang ade masalah jerawat sudah tentu tension yang teramat...apatah lagi sudah mencuba pelbagai jenis produk jerawat di pasaran. dah lah mahal, tak berkesan lak tue, makin teruk jadinya. selepas guna produk-produk komersial, muka aku semakin teruk sehingga lesum pipit aku langsung tidak kelihatan, sedikit sebanyak menjejaskan market aku!

    ingin menjadi seperti FAHRIN AHMAD??


    atau BIK MAMA??



    disini aku secara exclusive berkongsi petua mak dara turun temurun untuk menjaga muka: :)


    Menghapuskan Jerawat
    Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
    1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
    2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
    3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
    4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
    5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
    6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
    7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
    8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.







    Tegangkan Kulit Muka

    1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
    2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
    Menghilangkan Parut di Muka
    Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.


    1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
    2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
    3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
    4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
    5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

    p/s: semestinya aku copy dan paste!! wekkk~

    tips kurus dengan CEPAT

  • Thursday, December 23, 2010
  • *aku berjaya menulis 800 perkataan essay Theory of knowledge dalam masa 3 jam*


    aku sering dihujani bayak soalan...."BAGAIMANA NAK KURUS"??<

    KURUS??aku kurus ker?? ok itu memang fitnah! tapi disini nak gaklah cerita cara paling berkesan untuk menurunkan berat badan

    1.tak makan nasi....nie kalau aku tak bagitau pon sumer orang tahukan?? sebenarnya tak makan nasi adalah diet yang salah! tapi untuk menurunkan berat badan degan cepat, ia sangat berkesan....dan sangat juga berkesan untuk meningkat berat badan lepas itu.

    2. satu lagi tips yang semua orang tahu ialah diet yang seimbang...BORING betul kan?? tetapi kalau korang masih nak makan makanan kegemaran , gunakanlah diet kalori. pastikan jangan sesekali ambik kalori berlebihan.


    Kategori: Makanan Rutin
    1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
    2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
    3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
    4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
    5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
    6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
    7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
    8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
    9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
    10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
    11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
    12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
    13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
    14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

    Cadangan pengambilan kalori setiap hari

    DewasaUmur (Tahun)Tenaga (Kalori
    Lelaki
    Aktif
    Sederhana
    Berat Badan
    55 kg
    20 - 39
    40 - 49
    50 - 60
    > 60
    2,530
    2,400
    2,280
    2,020
    Perempuan
    Aktif
    Sederhana
    Berat Badan
    50 kg
    0 - 39
    40 - 49
    50 - 60
    > 60
    2,000
    1,900
    1,800
    1,600


    3. ok, yang ini memang tips tak ramai yang tahu!!

    amalkan CABARAN 2 MINGGU!!


    Cabaran nie macam study last-last minute lah...lebih singkat masa lebih berkesan kan?

    Langkah-langkah CABARAN 2 MINGGU>>

    1) tetapkan azam, dan impian untuk 2 minggu; contoh>> dalam 2 minggu aku nak turun 4 kg dan menyiapkan ee,ia dan tok!(maksudnye keje skolah)

    2)rangka pemakanan yang kurus*(tak makan ayam,nasi dan seumpamanya)mee dan meehon bukan pemakanan yang kurus! jagan ambil roti biasa juga sebab mempunyai carbohydrate yang tinggi seperti nasi

    3)belilah cornflakes cabaran 2 minggu kat kedai tue dan ikut panduan kesihatan kat belakangnya(jgn beli keylogs kay, beli brand len)

    4)bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari......

    5)jangan sesekali mencuba produk-produk murahan untuk kurus, seperti DR.ROZMEY tue,LONDON tue,eh...silap, dua nie produk mahal! dan produk murah-murah yang lain!! PATI YUSMIRA berkesan kah?

    dan
    HASILNYA............................................................................

    SEBELUM




    SELEPAS



    p/s: semua tahu yang mana satu sebelum, dan yang mana satu selepas!! haha...selamat mencuba~
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...