Surat al-baqarah ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

1001 KEGAGALAN

  • Friday, April 22, 2011
  • tinggal beberapa hari untuk final, tetapi aku masih bergelut dengan perasaan berputus asa! 

    result trial amat menghampakan, dan seperti dijangka PHYSIC dan MATH amat-amat-amat-amat dan amat sangat teruk, dan subject SL tak dapat nak backup subject yang lain..... tapi ALLAH itu maha adil, BIOLOGY dan CHEM memberi aku semangat untuk terus belajar. 

    GAGAL..... aku tak kesah dengan kegagalan, biar gagal sekarang jangan gagal masa final dan kegagalan yang membawa kepada satu kejayaan. sesiapa yang ambik IB dan MATH HL mesti expert gila dengan beribu-ribu kali kegagalan dan memang ini satu ujian yang amat sukar. lebih dan sangat sukar daripada SPM......memang tak dapat nafikan, ujian kami untuk fly ke INDIA amat istimewa berbanding rakan-rakan yang lain.

    perasaan give up memang menyelebungi satu batch apabila menyebut MATH HL...tapi aku takkan give up! again...it's not my words! kita hanya berusaha dan itu semua kerja ALLAH untuk menentukan keputusannya. tapi...aku rasa amat sedih dan anggap diri sendiri macam sampah dan bodoh gler apabila compare dengan budak-budak yang lain yang study sedikit dan selebihnya hanya bermain game. untuk capai seperti yang diorang ada aku kena berusaha lebih daripada orang lain, aku kena korbankan masa tidur aku, aku kena jadi sangat rajin...tapi hasilnya tetap sama. dan perkara-perkara seperti ini yang membuat aku rasa nak give up, hambar, nak nak menjerit sepuas-puas hati dan nak tidur selama-lamanya! dan ada sesetengah orang itu tidak perlu belajar lebih untuk cemerlang, cukup untuk selak buku dan selebihnya bergantung kepada nasibnya yang sangat baik......

    tapi....perluker aku jadi seperti diorang? ok, itu sangat tidak perlu! aku adalah diri aku sendiri, kelebihan aku sendiri, dan otak aku sendiri. jangan sesekali compare dengan diorang!!! itu rezeki masing-masing.... kalo memang ada rezeki aku untuk berjaya masa final, aku tak perlu terhegeh-hegeh rasa give up.....teruskan usaha dan yakin dengan ketentuan ALLAH. kegagalan ini membuatkan aku sedar, dan insaf.....kalo tak asyik terasa macam bagus! ALLAH itu MAHA ADIL.... dan kegagalan ini membuatkan aku lebih tabah. memang aku tak der apa-apa kelebihan di dunia ini, tapi aku lupa yang aku  ada ALLAH di sampingku... 




    2 comments:

    Asyraf Farique said...

    gud luck my bro.. Serahkan semuanya pada Allah, dia tahu yg terbaik tuk kamu... dont give up till da end :)

    nurlisa kamal said...

    jangan pedulikan orang.kita tahu kemampuan kita setakat mana. macam cikgu azian selalu pesan kt aku, jngn mintak keputusan yang cemerlang tapi mintak kat allah supaya beri balasan yang setimpal dengan usaha kita. so tak de la frust sgt (eh ye ker??).

    yes. ib math hl mengajar kita untuk jadi tabah. its ok. teruskan perjuangan. belum terlewat selagi belum leangkah ke dalam dewan untuk sit for math paper!

    may allah ease our way!

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...