Surat al-baqarah ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

PENGALAMAN

  • Thursday, August 25, 2011
  • salah satu perkara paling TERBAIK yang aku pernah buat ialah menjadi GURU SEKOLAH MENENGAH..
    kecuali budak HANGJJJJJJJJJJJJ tue, yang lain sangat bermakna dalam hidup aku...seminggu lepas berhenti kerja, hampir setiap malam termimpi-mimpi masuk kelas......aduh sadisnyer~







    comei tak?? saya??? hahahahaha

    baru perasan aku semakin gemuk........



    Lelaki dan gossip

    2
  • Wednesday, August 24, 2011
  • kekadang aku rasa amat jengkil apabila ramai org mengecop aku nie "kaki gossip" ataw "wartawan MELODI" padahal secara dasarnya byk GOSSIP yang aku x taw... sejujurnya aku lah paling lambat mengetahui skandal2 yang terjadi di KMS terutamanya membabitkan pelajar A-LEVEL...semalam lepak lah dengan beberapa rakan KMS dan dalam 3 jam berbual kosong tue br lah aku taw SKANDAL-SKANDAL yang sudah basi...rase cam LOSER jer.....rase cam telah dipingirkan. barulah aku taw sipolan nie dengan sipolan nie....sipolan nie gaduh dengan sipolan nie sebab awek, sipolan nie dengan dak IB....sumer cite-cite yang lapuk....jadi apabila orang kata aku nie "KAKI GOSSIP" itu adalah fitnah yang tidak berasas (gaya : ala2 ROSMAH MANSUR)



    adakah Lelaki suka bergossip?? aku lebih suka mengunakan perkataan "GOSSIP" kerana rase lebih glamer dan komersial manakala bagi lelaki mereka mengunakan perkataan "lepak" ataw "sembang".... sejujurnya kalo lelaki bergossip mmg sangat mengalahkan perempuan sebagai contoh apa2 bende yang berlaku kat satu kelas IB nie, dak2 alvel akan taw dengan jelas dan lebih mendalam berbanding dak IB sendiri.

    kalo kat SASER dulu....lagi lah DASYAT dan MENAKUTKAN kerana 'GOSSIP" melibatkan guru dan pelajar. hahahahaa..... ia seakan-akan ader WIFI disekeliling anda kerana apa2 shj yg korg sebut ataw aper2 shj yg korg buat akan diketahui satu sekolah...lebih2 melibatkan SKANDAL PANAS. setiap kali ada mesyuarat PENGAWAS, daripada mendengar HICOM syok sendiri...kteorg yg x berpangkat besar nie membuka mesyuarat baru kat belakang sambil mengorek CERITA PANAS dari kediaman lain.  kat SURAU pon keadaan yang sama juga berlaku....sebelum solat bukanyer solat sunat pon...masing2 bergossip, mmg sgt bising kalo dekat surau nie...begitu juga ketika USRAH?? yang seakan-akan bukan usrah. sama cam KMS, lepas abeh SPM barulah aku taw CERITA PANAS yang sudah tidak SENSASI lagi.....rase NOOB gler....



    kesimpulan: SAYA BUKAN KAKI GOSSIP YANG TEGAR!

    Ajaran Kristian: Pelajar Sekolah

    0
  • Friday, August 19, 2011
  • selepas Isu Buka Puase di Gereja pada minggu lepas mencetus emosi ramai orang, pada minggu ini pulak heboh mengenai 2 pelajar sekolah rendah beragama Islam yang mampu menyanyi lagu Nabi Isa dan membuat tanda salib....untuk berita penuh [TEKAN INI]

    selepas melihat 2 isu ini, aku terasa kagum dengan Orang Kristian yang begitu bersemangat menyebarkan ajaran mereka dan pada yang sama rase sedih dengan diri sendiri yang tidak@belum membuat ape2 lagi kepada Islam...

    seperti biasa ramai yang akan menyalahkan Pihak GEREJA, Pihak Kristian....dan aku tertarik dengan comment2 yg diberikan drpd org kristian mengenai isu ini...marilah kita melihat perkara ini dari perspektif yg berbeza.





    seperti biase IBU BAPA juga yang GAGAL..... kenape masih nak ntar anak belajar di tempat yang ader salib? ramai juga ibu bapa islam yg ntar anak mereka ke sekolah yg mempunyai gereja....aderkah tidak memikirkan akidah anak mereka??



    Hostel di Manipal

    5
  • Tuesday, August 16, 2011
  • dicedok dari blog ini: http://mymerenk.blogspot.com









    Bagi girls yg pergi Manipal....saya ucapkan TAHNIAH kerana inilah bilik anda....gambar diatas merupakan international Hostel. Megah x megah tue......aduhhhhh.....semputttttt~

    For Boys........arghhhhhhhh?????

    Prepare for the worst jer lah....


    p/s: credit to CIK SHIKIN

    Info Melaka Manipal Medical College

  • Saturday, August 13, 2011


  • YAYASAN MELAKA SUBSIDIARY




    JVMC CORPORATION SDN. BHD.














    Company No. :290709-H
    Company Address :463-1, Jalan Batu Hampar, Bukit Baru, 75150 Melaka.
    Commencement Date :25 Februari 1994
    Company Secretary :Profession & Business Consultant Sdn. Bhd. (06-2836620)
    Share Holder (%) :







    1.

    Yayasan Melaka- (18%)
    2.Indiland Sdn. Bhd. - (30%)
    3.MEMG International -(30%)
    4.SASS Resources Sdn. Bhd. - (12%)>
    5.Dato' Dr. K. Pathmanaban A/L Kunjamboo - (10%) 
    Main Activities :Manipal Melaka Medical College joinventure with Manipal Academy High Education (MAHE) in India.


    Board Of Directors :

    From Yayasan Melaka
    1. Datuk Rabiyah Bte Ali

    From Company
    1. Dr. Ramdas Madhava Pai - Chairman
    2. Tan Sri Dato' Dr. Karnail Singh Nijhar
    3. Dr. Ranjan R. Pai
    4. Chong Kim Yoke
    5. Prashant A/L K.Pathmanaban
    6. Datuk Chandrakant A/L S.N Avalani
    7. Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa B. Hj. Abdullah
    Managing Director:Dr. Ranjan R. Pai
    Chief Executive & Dekan:Prof. Dr. John T. Arokiasamy
    Tel. :06-2925849/50
    Faks :06-2925852
    Website:http://www.manipal.edu/melaka/index.htm

    Belajar di Manipal 2

    0

  • Manipal ikon pendidikan India




    TERLETAK di pantai barat India Selatan, Manipal hanyalah sebuah bandar di tengah-tengah tanah tandus. Lebih lima dekad lalu, ia sekadar dataran yang menjadi habitat hidupan liar.
    Tiada seorangpun pada ketika itu yang terfikir tentang kemajuan di Manipal, hinggalah Dr. Tonse Madhav Ananth Pai atau singkatannya, TMA Pai menubuhkan sebuah kolej perubatan di situ.
    Sebagai doktor dan pendidik, dia mempunyai visi jelas untuk membangunkan Manipal sebagai pusat pendidikan.
    Begitupun, ada pihak yang mentertawakannya lantaran menganggap dirinya gila kerana mahu membina menara gading di kawasan ceruk pedalaman.
    Ternyata usaha dermawan itu yang mahu memperluaskan pendidikan di bandar kelahirannya menjadi kenyataan. Manipal akhirnya menjadi sebutan sebagai lokasi pilihan untuk melanjutkan pengajian selepas tertubuhnya Kolej Perubatan Kasturba pada tahun 1953.
    Usahanya tidak terhenti di situ sahaja apabila pada tahun 1957, Institut Teknologi Manipal ditubuhkan dan diikuti dengan institusi pendidikan yang lain termasuklah Kolej Perubatan Kasturba, Mangalore; Kolej Sains Pergigian Manipal dan Kolej Sains Farmaseutikal Manipal.
    Kini, legasi TMA Pai diteruskan oleh anak lelakinya, Dr. Ramdas M. Pai yang menyandang jaatan Pengerusi Kumpulan Pendidikan dan Perubatan Manipal dan juga Canselor Universiti Manipal.
    Universiti Manipal yang dulunya dikenali sebagai Manipal Academy of Higher Education (MAHE) mempunyai lebih 20,000 orang pelajar dari lebih 50 buah negara.
    Doktor Malaysia
    Hampir 30 peratus doktor di Malaysia merupakan kelahiran produk Manipal termasuk Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.
    Selain itu, terdapat juga lebih 4,000 alumni Kolej Perubatan Kasturba kini berada di Amerika Syarikat.
    Rekod itu sekali gus menunjukkan kehebatan kolej tersebut melahirkan golongan profesional untuk berkhidmat dalam bidang perubatan di seluruh dunia.
    Rombongan petugas media Malaysia ke Universiti Manipal cawangan Bangalore dan Mangalore baru-baru ini dibawa melihat institusi itu dengan lebih dekat.
    Walaupun landskap menuju ke Universiti Manipal tidak seperti persekitaran universiti di Malaysia, namun itu bukan indikator gred sesebuah institusi pengajian tinggi.
    Biarpun kampus-kampus universiti itu dibina di kawasan pedalaman, namun pihak pengurusannya tidak pernah menidakkan keperluan para penuntutnya.
    Selain penginapan yang selesa, mereka turut menyediakan prasarana kelas pertama termasuk pusat sukan, perpustakaan khusus, muizum anatomi dan makmal simulasi.
    “Di sini kami memberikan pendidikan terbaik kepada para penuntut sejajar dengan kehendak industri supaya apabila tamat pengajian, pelajar kami tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan.
    “Lebih lima dekad menyediakan pendidikan profesional, Manipal Education dianggap sebagai badan pendidikan tinggi terbaik di India dan antara badan pendidikan tinggi swasta terbesar di dunia yang mempunyai lebih 75,000 alumni,” kata Pro Canselor Universiti Manipal, Dr. H. S. Ballal.

    SALAH seorang tenaga pengajar di Univerisiti Manipal menunjukkan hasil seni lukisan dan animasi yang dilakukan oleh para pelajarnya.


    Utamakan penuntut
    Sungguhpun beberapa kolej Manipal menduduki ranking 10 teratas dalam sistem pendidikan di India, namun bagi H. S. Ballal itu bukan fokus utama Manipal Education.
    “Bukan pengiktirafan yang menjadi keutamaan. Penuntut lebih penting daripada ranking. Apa yang kami mahukan adalah memberikan pendidikan yang terbaik kepada para pelajar supaya mereka boleh mendapat tempat di pasaran kerja selepas tamat belajar,” ujarnya.
    Tidak hanya terkenal dalam bidang pendidikan perubatan, Universiti Manipal mempunyai lebih 22 kolej konstituen yang menawarkan pelbagai program seperti pergigian, kejururawatan, farmasi, bioteknologi, sains kesihatan bersekutu, seni bina, kejuruteraan, pengurusan, hospitaliti, reka bentuk barang kemas, komunikasi massa dan regenerative Medicine.
    Kini, Manipal Education merupakan ekosistem pendidikan multi disiplin yang komprehensif di peringkat global dengan kekuatan empat buah universiti, lebih 30 buah kolej dan memiliki lebih 250,000 pelajar daripada 53 buah negara termasuk Malaysia.
    Sama seperti Ballal, Naib Canselor Universiti Antarabangsa Manipal (MIU), Dr. M. P. Ravindra memberitahu bahawa, program-program yang ditawarkan adalah bersandarkan kehendak pasaran dan industri dek kerana itu, beliau berpendapat mana-mana universiti perlu ‘berkomunikasi' dengan industri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mereka.
    “Senario graduan lepasan universiti yang menganggur kini, bukan sahaja melanda Malaysia, malah ia berlaku di seluruh dunia.
    “Bagi mengatasi masalah tersebut, perlu ada usahasama dengan industri supaya para pelajar dapat diserap ke dalam industri tidak kira sama ada dalam bidang perbankan, syarikat minyak dan gas, pelancongan atau teknologi maklumat dan komunikasi,” jelasnya.
    Terang Ravindra, sesebuah universiti itu akan berjaya jika ia menawarkan program pengajian yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada para graduan selepas tamat pengajian
    Bagi mengatasi masalah yang dihadapi kebanyakan universiti, Ravindra dengan yakin menjawab, MIU akan menyediakan keperluan masa akan datang mengikut keperluan industri dengan kurikulum baru.
    “Maksudnya perubahan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut arus keperluan industri dan pasaran. Ia perlu ada situasi menang-menang, jika tiada kebaikan untuk kedua-dua pihak tidak dapat direalisasikan.
    “Program pengajian paling mendapat sambutan di Universiti Manipal ialah dalam pengajian perubatan dan kejuruteraan,” ujarnya sambil menambah bahawa ibu bapa kini perlu lebih prihatin dan terbuka dalam membuat pemilihan pengajian untuk anak-anak mereka.

    MAKMAL simulasi memudahkan para pelajar perubatan memahami pembelajaran secara lebih mendalam dan praktikal.


    Prasarana cemerlang
    Sepanjang tiga hari melawat ke kampus-kampus di bawah naungan Manipal Education, media dari Malaysia terkesima dengan beberapa prasarana yang disediakan kepada penuntut Manipal.
    Dengan pengalaman melahirkan ribuan graduan dengan disokong oleh tenaga pengajar yang komited, prasarana klinikal dan akademik yang canggih, Universiti Manipal berjaya memberikan suasana pembelajaran bertaraf dunia.
    Perpustakaan sains kesihatan yang canggih mampu menempatkan 1,300 pelajar dalam satu-satu masa mempunyai lebih 62,000 buku dan lebih 600 buah jurnal.
    Kemudahan perpustakaan itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan e-pembelajaran, komputer dan kemudahan Internet malah Makmal Kemahiran dan Muzium Anatominya dikatakan antara yang terbaik di dunia.
    Terbaru, ia dilengkapi dengan makmal simulasi dengan patung simulasi. Ia membantu pelajar perubatan berdepan dengan pelbagai situasi mencemaskan yang dicipta supaya mereka dapat menyelesaikannya dengan baik seolah-olah merawat pesakit sebenar.
    Tidak hanya menyediakan prasarana menjurus kepada akademik, Universiti Manipal juga membina kompleks sukan enam tingkat bernilai RM50 juta.
    Pelbagai kemudahan disediakan di bawah satu bumbung kerana kompleks sukan tersebut menempatkan gelanggang bola keranjang, tenis, futsal, skuasy, ping pong, kolam renang dan pelbagai permainan simulasi. Ia turut mempunyai gimnasium dilengkapi peralatan canggih.
    Bagi memperluaskan pendidikan Manipal di Malaysia kerana melihat negara ini sebagai hab pendidikan serantau, Manipal Education melaburkan sebanyak RM650 juta bagi menubuhkan MIU di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai disiplin pengajian bertaraf dunia.
    Penubuhannya bagi memenuhi keperluan pelajar Malaysia dan antarabangsa dari negara Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Barat dan Asia Tengah.
    Sejak 10 tahun lalu, Manipal Education telah menubuhkan dan menguruskan Melaka-Manipal Medical College (MMMC) di Melaka dan MIU merupakan pelaburan terbaru bagi membuktikan lagi komitmennya di Malaysia dan menjangkakan 50 peratus pelajar MIU terdiri daripada pelajar antarabangsa.

    Belajar di Manipal 1

    3
  • Wednesday, August 10, 2011

  • Manipal University
    Oleh Basir Zahrom
    basir@bharian.com.my (Yang mengikuti lawatan ke Manipal University, India, baru-baru ini)
    2011/07/04

    Pelajar praktik autonomi manusia guna spesimen mayat sebenar

    PERIBAHASA 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung' menjadi pegangan pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian di Manipal University, Karnataka, India.

    Segala peraturan serta adat resam masyarakat setempat dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan harian di tempat orang.
    Peluang itu juga membolehkan masing-masing menambah pengetahuan dengan mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat setempat.

    Pelajar tahun dua, Ijazah Perubatan dan Pembedahan (MBBS), Mohamad Asyraf Jamilul Nasir, 21, berkata hidup di Manipal tidak sama berbanding di tempat lain di India kerana populasi pelajar Malaysia di sini besar sekitar 1,000.

    Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam itu berkata, persekitaran di Manipal membentuk suasana kondusif untuk belajar. Bandar ini berkembang seiring kemasukan pelajar tempatan dan antarabangsa hingga mampu membentuk bandar dalam universiti itu sendiri.

    “Manipal boleh dilihat sebagai mini Malaysia, selain ramai pelajar tajaan, universiti di sini juga menjadi pilihan lepasan sekolah meneruskan pengajian.
    “Malah hubungan menerusi pengajian tinggi antara kedua-dua negara mewujudkan kerjasama lebih erat,” katanya ketika ditemui di Manipal, baru-baru ini.

    Muhamad Asyraf berkata, pilihan makanan juga pelbagai, pelajar mudah mendapat sajian nasi lemak, nasi ayam, malah teh tarik juga dijual pada harga berpatutan.

    Bagi kemudahan beribadat pula, beliau berkata, masjid yang dibina berhampiran universiti memudahkan pelajar menyempurnakan tanggungjawab walaupun sibuk seharian di dewan kuliah.

    “Perkara paling menarik belajar di sini ialah pensyarahnya sentiasa mengambil berat mengenai pelajaran dan masalah pelajar antarabangsa.

    “Hubungan akrab antara kami diterjemahkan menerusi program ‘mentor mentee’. Pensyarah akan membantu kami sehingga selesai masalah,” katanya yang turut menganjurkan majlis berbuka puasa ketika menjelang Ramadan selain pertemuan pada Aidilfitri.

    Rakannya, Amir Ghadaffi Patawari, 21, juga Pelajar Tahun Satu MBBS, berkata saranan bapanya seorang pakar bedah di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu supaya belajar di Manipal University ada tujuannya.

    Bekas pelajar Ijazah Neurosains University of Otago, New Zealand itu mengakui pengalaman mengikuti pengajian perubatan di University Manipal ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri.



    “Selain infrastruktur perubatan terbaik, kami berpeluang mempelajari autonomi manusia melalui spesimen sebenar mayat yang disediakan makmal di sini.

    “Penting bagi kami untuk belajar menggunakan tubuh sebenar kerana ia memberi gambaran tepat mengesan punca bahagian sesuatu penyakit,” katanya.

    Sementara itu, Thong Tze Ying, 21, yang baru tiga bulan berada di Manipal turut berkongsi pengalaman seperti Mohamad Asyraf dan Amir Ghadaffi.

    Katanya, dedikasi pensyarah memberi semangat kepada pelajar untuk terus berusaha lebih keras kerana mereka tidak kisah jika ada yang bertanya mengenai pelajaran selepas waktu kelas.

    “Sistem pengajian di sini komprehensif, pelajar didedahkan dengan teori dan latihan secara seimbang,” katanya.

    cabaran pelajar Medik

    9
  • sajer nk menyibukkan diri bercerita pasal dak Medik(ader aku kesah!!). semalam tyme tgh bergossip2 ngan shikin, dier bercerita lah mengenai perbualanyer dengan seorang Doctor semasa med checkup...Doc tersebut yg tertiber ramah ngan dier memaklumkan kebanyakkan Doctor mengecop dak2 dari Manipal tak reti wat kerja semasa HO... tersentap aku!!!! terus g google2 jap.... so hasil yg aku dapat ialah cam biaser lah...bler sebut INDIA jer mesti makcik2 kat kampung tue kater...INDIA jer??  sambil gelak-gelak... macam tue lah jugak presepsi orang ramai apabila menilai seorang Doctor..bler tgk graduate dari INDIA terus x respect! bler tgk tertulis perkataan IRELAND@ UK ngan gahnyer terus respect....bukan nak salahkan mereka tetapi inilah norma masyarakat. Inilah cabaran yang akan dilalui oleh semua pelajar medik satu hari nanti apabila mereka dinilai, dikritik dan dihina oleh pelbagai pihak.


    yang aku xleh bla tue dengan mengatakan kalo nak pergi INDIA tue sesenang jer jadi ader dwet! TOLONGLAHHHHH....kteorg bersusah payah buat IB taw, dan dapat point setaraf org yg pergi UK@ IRELAND gak.... hentikan PREJUDICE ini!!!


    aku tertarik dengan isu berkenaan cabaran seorang HO yang ditulis dalam blog Dr.Jhaznarul. Oleh itu, kepada rakan-rakan yang bakal menjadi HO wajarlah membaca post ini supaya lebih bersedia satu hari nanti.


    ibubapa yang gagal

    3
  • Tuesday, August 9, 2011
  • sebagai seorang guru yg 'berpengalaman"....aku tersentap membaca mengenai dak nakal kena seksa dalam penjara. dan bertambah tekanan darah semasa membaca ibubapa serang guru.

    konsep dier senang jer, saper jahat dierlah kena....tak dernyerr si cikgu-cikgu nie terhegeh-hegeh nk pergi menyibukkan diri pergi antar ank ko kat penjara tue kalo perangai diorg elok sgt. disebabkan mmg aku mempunyai "pengalaman" duk kat bilik displin tiap-tiap hari, aku dah taw sgt lah perangai diorg camner, sekali lah ngan mak bapak diorg. mostly kalo dak problems confirm parents diorg gak problems!! 



    *helooooo, ingat glamer sgt ker msk paper*

    guner logik akal pon taw dak2 nie "baik" sgt ker tak kan?? mungkin isu yg membuatkan ibubapa diorg sama jer seperti ank diorg memaki hamun dan mencarut  ialah perlaksanaan modul yang kononyer menjadikan mereka seolah-olah banduan. Bagi yang bukan guru, memang akan merasakan ia satu tindakan yg tidak wajar, tapi sekiranya kita hadapi sendiri pelajar bermasalah ini, ya Allah....nak jer hambun dak2 nie duk penjara tue lame-lame, ag bagus. jangan lah kat sini nak ckp psl kaunseling ek, nek lemah aku dgr! x der nk masuk kat kepala diorg tue....mungkin ader org akan suggest guru kena belanjer diorg lah, take care lah, so nnti diorg akan ikut kata guru tue. kalo dak2 biase bnder nie mmg ader kesan...tapi kalo pelajar yg sering poteng kelas, dan mempunyai masalah displin jgn haraplah diorg berubah. Masalah utama bukan cara guru untuk mendisplinkan pelajar, tapi cara ibubapa mendidik anak-anak mereka. Selagi Ibubapa duk manjakan ank mereka tak tentu psl selagi tue lah ia menjadi beban kepada guru. 

    Tolonglahhhhh ibubapa diluar sana, jgn ko terhegeh-hegeh nk backup anak ko tak tentu psl! asyik nak salahkan guru jer kerja korg, tyme pibg tue jer r yg duk dipersoalkan tapi bler tyme skola mintak dwet untuk kos belajar anak2 puyer kecoh nk mampus....tolonglah contohi peranan ibubapa di sekolah-sekolah cine sampai diorg boleh naik tanpa bantuan kerajaan.  



    Majlis Graduasi

    5
  • Monday, August 8, 2011
  • 2 minggu lepas kteorg dak2 IB batch 5 KOLEJ MARA SEREMBAN bergradusi di HOTEL ROYALE BINTANG. seperti Kolej kiteorg yg merupakan pusat "recycle" (kerana asyik bertukar-tukar nama dari mrsm, pusat matriks, kolej mara), pemilihan HOTEL ROYALE SEREMBAN mmg menepati ciri2 KMS sendiri sbb Hotel tersebut juga merupakan pusat "recycle" 5 bintang plg gah di Seremban iaitu dari hotel hilton, adelphi, dan royale bintang....simbolik gler~ 

    sebelum mengulas aper2 marilah kter stalk gambar graduasi dari dak2 IB from the others college;

    IB KMB

    IB SRI KDU


    seterusnyer inilah gambar graduasi kami;






    Soalan cepu emasnyer ialah:

    Apakah Perbezaan Antara Kami dengan Mereka????


    Jawapan ala2 gred 7 ialah:

     KAMI LEBIH HENSEM DARI MEREKA!



    2 bulan kerja> Darah Tinggi

    2
  • Friday, August 5, 2011
  • setelah lamer meng"emo"kan diri dari menulis blog nie, akhirnya terdetik nak menulis post terbaru.

    akhirnya masuk jugak bulan poser nie, terus berhenti kerja!! x larat nk tergerak2 sana-sini, maklumlah bulan Ramadhan nie nk gak tingkatkkan amal ibadah kan. untuk pengetahuan uollls??? (noxxx glerr!!) aku berkerja selama dua bulan dan membuat 2 kerja iaitu pada waktu pagi kerja di kantin, dan seterusnya pada belah petang mengajar lah budak-budak nie. hebat x korang??? hahaha....trus nek tekanan darah aku nie jadi 170/100!!! tinggi glerrrrrr haram tueeee......... sentap ok!

    balik rumah terus wat post mortem naper tinggi nak mampus cam org tua nie....i br 20 tahun k!!

    1) Alasan Pertama

     gila hangggjjjjjjj ayat dier nie!!! bacer terus sentap!! sentap!! sentap!!! eh ternaek darah aku lak.....
    nie mmg cnfrm reason concrete naper darah nek mendadak......sbb dendam mase tersimpan, x sempat nk balas!!!! hahahaa. tgk muker dak tue......mmg cam *******. tiap2 ari tgk muker dier kot sbb tue nek darah nie!

    2) reason kedua

    kalo dh namanyer kerja ngan mak, mesti lah lbeh makan dari berkerja...... tiap2 hari kot aku balun nugget, fries and sumer jadah tue! sia2 berjogging penat lelah selamer nie...


    kalo air lak, x main lah kosong mesti nk ader colour-colour.....bandung,limau ais, teh tarik, milo ais, sumer men sedutttttt.....dah alang2 free kan.


    3) makan-makan

    biaser lah kalo nk dekat2 tyme poser nie, makan cam ala-ala kali terakhir makan kat dunia jer...x hingat langsung bnder len, main sumbat jerkkk!!!


    *ROTI TELUR KETANG,AMPANGAN*

    *CHICKEN GRILLED WITH BLACK PEPPER SAUCE,SUNWAY*

    *MEATBALL,IKEA*

    *MANHATTAN FISH MARKET,SUNWAY*

    *ORG SEBELAH PUYER*


    4) Stress???

    a. Stress berkerja.

    seperti yg dihebahkan, aku mengajar 5 buah kelas dengan 6 masa setiap hari....masuk lagi kelas relief, PJK,sukan dan karenah guru sebagainyer.... part gossip2 lum diambik kire ag, ngan ngamuk dalam kelas, dan mencampakkan buku dak2 yg malas nie...terjerit2 dalam kelas, dan dikatakan *****N oleh dak2 ****H dari kelas blakang2. ngajar kelas blakang2 ag, kelas x reti bace, kelas bajet pandai, kelas biadab, kelas bising dll. mana tak darah tinggi nie kan??kan??kan??

    *relief kelas,cnfrm bising!!*

    *tgk kat belakang skali pon tido*

    *tiap2 hari kena tanda buku banyak nie, ngan tulis diari kat buku besar tue*

    *merahnyer markah mereka*


    b. Strees nak fly.

    hari khamis yang lalu kami mendapat sebundle barang2 untuk diisi, disetemkan, dipesuruhjaya sumpahkan, diphotostat kan, disahkan, disaksikan dan sebagainyer. nek semputtttttt~~~

    alkisah pada khamis itu juga aku pergi ker putrajaya wat kali kedua untuk wat pasport. pada kali pertama dier xmo bagi discount sbb x der surat MARA, dan pada hari kedua pulak setelah aku tunjuk surat MARA bagai sumer tue, dier dengan bangganyer nk surat cam KOLEJ tue...yg aku rase amat bullshit, terus nek darah sambil membebel2 sorang2 kat situ....dier senyap jer!!!!!! dengan begkek gler terus pecut g KAJANG....
    di KAJANG, aku tunjuklah surat MARA tue, dengan penuh sopan-santun dier pergi refer kat pegawai atas dier....tgk malas x malas PUTRAJAYA tue!! dah ler sket jer org datang tapi teruk nk mapus...yg kat KAJANG nie ramai, beratur pajang, org tue leh jer g bagun tanyer BOS dier.....eeeeeeeee nek darh nie!!


    sebelum tue pon g SOGO, nek strees pkir aper yg nk kne beli...cam sumer nk kne beli..laptop nak luput nie pon dh wat masalah!!! haih~~ streeeeees=nek darah!!!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...