Surat al-baqarah ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

There was an error in this gadget

Belajar di Manipal 2

  • Saturday, August 13, 2011

  • Manipal ikon pendidikan India




    TERLETAK di pantai barat India Selatan, Manipal hanyalah sebuah bandar di tengah-tengah tanah tandus. Lebih lima dekad lalu, ia sekadar dataran yang menjadi habitat hidupan liar.
    Tiada seorangpun pada ketika itu yang terfikir tentang kemajuan di Manipal, hinggalah Dr. Tonse Madhav Ananth Pai atau singkatannya, TMA Pai menubuhkan sebuah kolej perubatan di situ.
    Sebagai doktor dan pendidik, dia mempunyai visi jelas untuk membangunkan Manipal sebagai pusat pendidikan.
    Begitupun, ada pihak yang mentertawakannya lantaran menganggap dirinya gila kerana mahu membina menara gading di kawasan ceruk pedalaman.
    Ternyata usaha dermawan itu yang mahu memperluaskan pendidikan di bandar kelahirannya menjadi kenyataan. Manipal akhirnya menjadi sebutan sebagai lokasi pilihan untuk melanjutkan pengajian selepas tertubuhnya Kolej Perubatan Kasturba pada tahun 1953.
    Usahanya tidak terhenti di situ sahaja apabila pada tahun 1957, Institut Teknologi Manipal ditubuhkan dan diikuti dengan institusi pendidikan yang lain termasuklah Kolej Perubatan Kasturba, Mangalore; Kolej Sains Pergigian Manipal dan Kolej Sains Farmaseutikal Manipal.
    Kini, legasi TMA Pai diteruskan oleh anak lelakinya, Dr. Ramdas M. Pai yang menyandang jaatan Pengerusi Kumpulan Pendidikan dan Perubatan Manipal dan juga Canselor Universiti Manipal.
    Universiti Manipal yang dulunya dikenali sebagai Manipal Academy of Higher Education (MAHE) mempunyai lebih 20,000 orang pelajar dari lebih 50 buah negara.
    Doktor Malaysia
    Hampir 30 peratus doktor di Malaysia merupakan kelahiran produk Manipal termasuk Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.
    Selain itu, terdapat juga lebih 4,000 alumni Kolej Perubatan Kasturba kini berada di Amerika Syarikat.
    Rekod itu sekali gus menunjukkan kehebatan kolej tersebut melahirkan golongan profesional untuk berkhidmat dalam bidang perubatan di seluruh dunia.
    Rombongan petugas media Malaysia ke Universiti Manipal cawangan Bangalore dan Mangalore baru-baru ini dibawa melihat institusi itu dengan lebih dekat.
    Walaupun landskap menuju ke Universiti Manipal tidak seperti persekitaran universiti di Malaysia, namun itu bukan indikator gred sesebuah institusi pengajian tinggi.
    Biarpun kampus-kampus universiti itu dibina di kawasan pedalaman, namun pihak pengurusannya tidak pernah menidakkan keperluan para penuntutnya.
    Selain penginapan yang selesa, mereka turut menyediakan prasarana kelas pertama termasuk pusat sukan, perpustakaan khusus, muizum anatomi dan makmal simulasi.
    “Di sini kami memberikan pendidikan terbaik kepada para penuntut sejajar dengan kehendak industri supaya apabila tamat pengajian, pelajar kami tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan.
    “Lebih lima dekad menyediakan pendidikan profesional, Manipal Education dianggap sebagai badan pendidikan tinggi terbaik di India dan antara badan pendidikan tinggi swasta terbesar di dunia yang mempunyai lebih 75,000 alumni,” kata Pro Canselor Universiti Manipal, Dr. H. S. Ballal.

    SALAH seorang tenaga pengajar di Univerisiti Manipal menunjukkan hasil seni lukisan dan animasi yang dilakukan oleh para pelajarnya.


    Utamakan penuntut
    Sungguhpun beberapa kolej Manipal menduduki ranking 10 teratas dalam sistem pendidikan di India, namun bagi H. S. Ballal itu bukan fokus utama Manipal Education.
    “Bukan pengiktirafan yang menjadi keutamaan. Penuntut lebih penting daripada ranking. Apa yang kami mahukan adalah memberikan pendidikan yang terbaik kepada para pelajar supaya mereka boleh mendapat tempat di pasaran kerja selepas tamat belajar,” ujarnya.
    Tidak hanya terkenal dalam bidang pendidikan perubatan, Universiti Manipal mempunyai lebih 22 kolej konstituen yang menawarkan pelbagai program seperti pergigian, kejururawatan, farmasi, bioteknologi, sains kesihatan bersekutu, seni bina, kejuruteraan, pengurusan, hospitaliti, reka bentuk barang kemas, komunikasi massa dan regenerative Medicine.
    Kini, Manipal Education merupakan ekosistem pendidikan multi disiplin yang komprehensif di peringkat global dengan kekuatan empat buah universiti, lebih 30 buah kolej dan memiliki lebih 250,000 pelajar daripada 53 buah negara termasuk Malaysia.
    Sama seperti Ballal, Naib Canselor Universiti Antarabangsa Manipal (MIU), Dr. M. P. Ravindra memberitahu bahawa, program-program yang ditawarkan adalah bersandarkan kehendak pasaran dan industri dek kerana itu, beliau berpendapat mana-mana universiti perlu ‘berkomunikasi' dengan industri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mereka.
    “Senario graduan lepasan universiti yang menganggur kini, bukan sahaja melanda Malaysia, malah ia berlaku di seluruh dunia.
    “Bagi mengatasi masalah tersebut, perlu ada usahasama dengan industri supaya para pelajar dapat diserap ke dalam industri tidak kira sama ada dalam bidang perbankan, syarikat minyak dan gas, pelancongan atau teknologi maklumat dan komunikasi,” jelasnya.
    Terang Ravindra, sesebuah universiti itu akan berjaya jika ia menawarkan program pengajian yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada para graduan selepas tamat pengajian
    Bagi mengatasi masalah yang dihadapi kebanyakan universiti, Ravindra dengan yakin menjawab, MIU akan menyediakan keperluan masa akan datang mengikut keperluan industri dengan kurikulum baru.
    “Maksudnya perubahan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut arus keperluan industri dan pasaran. Ia perlu ada situasi menang-menang, jika tiada kebaikan untuk kedua-dua pihak tidak dapat direalisasikan.
    “Program pengajian paling mendapat sambutan di Universiti Manipal ialah dalam pengajian perubatan dan kejuruteraan,” ujarnya sambil menambah bahawa ibu bapa kini perlu lebih prihatin dan terbuka dalam membuat pemilihan pengajian untuk anak-anak mereka.

    MAKMAL simulasi memudahkan para pelajar perubatan memahami pembelajaran secara lebih mendalam dan praktikal.


    Prasarana cemerlang
    Sepanjang tiga hari melawat ke kampus-kampus di bawah naungan Manipal Education, media dari Malaysia terkesima dengan beberapa prasarana yang disediakan kepada penuntut Manipal.
    Dengan pengalaman melahirkan ribuan graduan dengan disokong oleh tenaga pengajar yang komited, prasarana klinikal dan akademik yang canggih, Universiti Manipal berjaya memberikan suasana pembelajaran bertaraf dunia.
    Perpustakaan sains kesihatan yang canggih mampu menempatkan 1,300 pelajar dalam satu-satu masa mempunyai lebih 62,000 buku dan lebih 600 buah jurnal.
    Kemudahan perpustakaan itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan e-pembelajaran, komputer dan kemudahan Internet malah Makmal Kemahiran dan Muzium Anatominya dikatakan antara yang terbaik di dunia.
    Terbaru, ia dilengkapi dengan makmal simulasi dengan patung simulasi. Ia membantu pelajar perubatan berdepan dengan pelbagai situasi mencemaskan yang dicipta supaya mereka dapat menyelesaikannya dengan baik seolah-olah merawat pesakit sebenar.
    Tidak hanya menyediakan prasarana menjurus kepada akademik, Universiti Manipal juga membina kompleks sukan enam tingkat bernilai RM50 juta.
    Pelbagai kemudahan disediakan di bawah satu bumbung kerana kompleks sukan tersebut menempatkan gelanggang bola keranjang, tenis, futsal, skuasy, ping pong, kolam renang dan pelbagai permainan simulasi. Ia turut mempunyai gimnasium dilengkapi peralatan canggih.
    Bagi memperluaskan pendidikan Manipal di Malaysia kerana melihat negara ini sebagai hab pendidikan serantau, Manipal Education melaburkan sebanyak RM650 juta bagi menubuhkan MIU di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai disiplin pengajian bertaraf dunia.
    Penubuhannya bagi memenuhi keperluan pelajar Malaysia dan antarabangsa dari negara Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Barat dan Asia Tengah.
    Sejak 10 tahun lalu, Manipal Education telah menubuhkan dan menguruskan Melaka-Manipal Medical College (MMMC) di Melaka dan MIU merupakan pelaburan terbaru bagi membuktikan lagi komitmennya di Malaysia dan menjangkakan 50 peratus pelajar MIU terdiri daripada pelajar antarabangsa.

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...