Surat al-baqarah ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Pengalaman BTN: 5 Days NIGHTMARE

  • Saturday, June 11, 2011
  • assalamualaikum.....................

    minggu lepas aku dan sebahagian pelajar KMS dikhendaki berkursus BIRO TATANEGARA di Kem Meru, Klang sebagai pra-syarat yg ditetapkan oleh pihak penaja. BTN mmg sudah sedia maklum merupakan  satu platform untuk mendoktrinkan fahaman nasionalisme yang agak tinggi. Oleh itu, kadangkala doktrin yang cuba ditanam agak melampau sehingga menafikan hak kaum selain Melayu! Selepas jer pendaftaran aku sudah merasakan satu kemaluan yang amat besar apabila bernasib "baik" dipilih sebagai PENGHULU!! (dimana diorg main petik jer) sebagai Penghulu tugas tak lah berat sgt... cuma perlu menyebut dialog2 yang skripnya telah diberikan oleh jurulatih. then setiap kali acik kne panggil jer.... 1st tyme sebut dialog tue tak semana-mana tangan aku mengigil2 memegang skrip dialog yg akhirnya membuatkan hidupku lebih sukar pada hari2 yg seterusnya...asyik kena bahan dgn jurulatih

    secara ringkas aktivitinya seperti ini:

    5.00 pagi: bunyi siren BOMBA, mandi, subuh, ceramah
    6.50 pagi: berkumpul mengikut kumpulan, berkawat, berlari, bersenam
    8.00 pagi: minum pagi (dialog Penghulu: PERHATIAN!!!! disambut dengan KENEGARAAN. kemudian "urusetia dan rakan2 dijemput minum)
    9.00 pagi-1.00ptg : 2 hari pertama ceramah sbyk 6 kali (seyes sgt BOSAN!!) then 2 hari seterusnya LDK (dialog Penghulu: Peserta Bagun... 1 Malaysia(nyanyilah) then kena cakap "peserta Kursus....... seramai 106 org sedia untuk mendengar ceramah dan etc2.....TUAN!" )
    1.00: makan tengahari (dialog seperti biasa)/ solat zohor
    2.30: sambung ceramah/LDK
    4.30:solat asar/ minum petang (dialog seperti biasa)
    5.30: berkumpul di pdg, sukaneka, etc2
    6.30: makan malam (dialog seperti biasa)
    9.00: ceramah/ldk/aktiviti2 yg agak best
    12.00: bergossip, mengumpat, berbahan, tido!



    Kursus BTN pada dasarnya mempunyai objektif dan modul yang agak menarik. Namun aplikasi di peringkat bawahan menyebabkan kursus tersebut dilabel sebegitu rupa. Tidak hairanlah Kerajaan Selangor mengharamkan serta menyarankan agar kursus tersebut dikaji semula. sebenarnya kelemahan terbesar BTN adalah barisan  Fasilitator-fasilitator. Jadi bergantung kepada nasib anda lah dapat fasi macam maner...ader yg OK, ader yg best, ader cam sial!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  contoh kesialan fasi tersebut ialah menjawab soalan dengan EMOSI gler, membuat CTER bohong atau fakta palsu, dan menganggap semua org yg bertanyakan soalan sensitif sbg pembangkang!!
    Sekiranya nak dikatakan BTN sbg "brainwash" untuk Kursus Kenegaraan kerana ianya melibatkan pelajar shj, so dakyah2 tuk "brainwash" di tahap yg amat minima... cuma obviously diorg Pro-kerajaan( dimana itu bukan satu kesalahan). tetapi kalo melibatkan penjawat awam berdasarkan cter cozen2 aku, mmg diorg ader motiff tersendiri.  yang paling menarik psl BTN ialah dapat kawan baru!! haha....melihat celoteh jurulatih yg suka membebel  bercerita, dan dapat spent last tyme dgn kawan2!

     mula-mula aku secara automatiknya rasa menyampah dekat dak2 sponsor yg lebih up, terutamanya bler tyme diorg menyebut "UK" setiap kali penceramah tanya nk fly maner. adeh!!!! rase jelik aku dengar......(padahal dah jeles gler tue!!!haha)  well, diorg best jer! sbb dak IB gak....kalo a-lev aku pkir 2 kali. aku rase kesian gler kat satu mamat penceramah nie, metang-metang 1st tyme gi UK sibuk nk gak cter2 psl UK nie....haih. 

    Sebagai Penghulu, BTN nie byk mengajar aku pelbagai perkara terutamanya dari segi leadership dimana aku semakin yakin untuk bertanding dalam pilihanraya satu hari nnti!!! hahaha......  yang paling penting bertapa ceteknya ilmu aku mengenai ISLAM. 



    8 comments:

    R-Lau R-Piz said...

    betul2..setuju..secara kasarnya ok je BTN ni tp prob pada org yg dok kendali la..

    btw,pasal gune blog baru??bajet la..haha..

    DR.BONNY said...

    hahaha....hidup baru tanpa IB!

    abeih said...

    apsal nightmare plak? kenangan tu...

    Anak FELDA said...

    haha...."kenal kawan baru"" mesti aku kan

    ~Alau~

    shikin said...

    bgn pagi pukul 5 ke weh? awalnye. eh asal background kau same mcm aku py blog eh

    atiqaaskan said...

    boniiii!!! terbaekk arr thaniah snggup pikul tanggungjwb penghulu! ;)

    bangga ngn korang dak2 KMS suma :D

    nuralis akmal said...

    penghulu meru. :P

    kfad said...

    amboi mr bonny jadi penghulu nmpk. bangga ak haha

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...