Surat al-baqarah ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

There was an error in this gadget

Petua Mak Dara:tips menjaga muka

  • Tuesday, December 28, 2010
  • aku sering dihujani banyak soalan.....BAGAIMANA UNTUK MEENGHILANGKAN JERAWAT?? BAGAIMANA UNTUK KEKAL JAMBU? BAGAIMANA UNTUK MENJADI HENSEM? BAGAIMANA UNTUK NAMPAK HENSEM?........dimana itu semua adalah satu penipuan terbesar dalam sejarah! haha

    sesiapa yang ade masalah jerawat sudah tentu tension yang teramat...apatah lagi sudah mencuba pelbagai jenis produk jerawat di pasaran. dah lah mahal, tak berkesan lak tue, makin teruk jadinya. selepas guna produk-produk komersial, muka aku semakin teruk sehingga lesum pipit aku langsung tidak kelihatan, sedikit sebanyak menjejaskan market aku!

    ingin menjadi seperti FAHRIN AHMAD??


    atau BIK MAMA??



    disini aku secara exclusive berkongsi petua mak dara turun temurun untuk menjaga muka: :)


    Menghapuskan Jerawat
    Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
    1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
    2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
    3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
    4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
    5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
    6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
    7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
    8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.







    Tegangkan Kulit Muka

    1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
    2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
    Menghilangkan Parut di Muka
    Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.


    1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
    2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
    3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
    4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
    5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

    p/s: semestinya aku copy dan paste!! wekkk~

    3 comments:

    kfad said...

    wah...harus try

    syafiq yacob said...

    banyakkkk gilerr proses!!!!

    elleyayah . said...

    sesungguhnya copy and paste itu menaawn.haha.nice entry btw.

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...